2 daripada 3 rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan (walaupun RM1000) [BM]

Untuk versi English, sila ke link ini.



Tahukah anda, Bank Negara Malaysia telah mencatatkan sebanyak 75% orang Malaysia tidak ada simpanan dalam akaun mereka? Hatta RM1000  sekalipun.

Ini bermakna, daripada jumlah 31 juta populasi rakyat Malaysia, seramai 23.3 juta berada dalam risiko yang tinggi kerana tiada simpanan untuk hari kecemasan. Kita perlukan sekurang-kurangnya simpanan 3 bulan gaji kita. Paling minimum, sebulan pon jadi lah. 

Bayangkan kalau tiba-tiba ada musibah yang tak dapat kita nak elak macam kehilangan kerja, ahli keluarga jatuh sakit, kejatuhan ekonomi, penularan wabak COVD19, atau lebih teruk - kematian. Agak-agak apa yang akan jadi dekat orang yang hidup makan gaji je?

Katakan lah standard satu family ada 5 orang anak, tapi yang berkerja tu ayahnya saja. Ibunya suri rumah. Awak rasa apa akan terjadi kalaulah ditakdirkan si ayah meninggal disebabkan kemalangan? Ada sesiapa yang boleh bantu tampung seluruh keluarga mereka? Siapa yang nak belikan makanan diorang, bayarkan bil rumah, loan rumah dengan kereta, siapa boleh tanggung? 

Sebab itulah pentingnya pengurusan kewangan yang bijak untuk semua orang. Tiada yang terkecuali, walaupun saya. 

Macam mana nak urus kewangan?
Di sini ada 4 langkah asas untuk Garis Panduan Kewangan (GPK)




1)      PERLINDUNGAN – Peratusan paling maximum awak boleh pakai untuk perlindungan ni adalah 10% sahaja. Kalau contoh gaji awak RM1,500 jadi cuma RM150 je jumlah yang awak boleh pakai untuk perlindungan. Ini adalah untuk memastikan bahawa awak dan seluruh ahli keluarga awak dijamin akan dapat pampasan kalau berlaku apa-apa musibah.

      Jenis-jenis perlindungan ni macam Takaful dan Insuran. Untuk yang Islam, adalah lebih baik untuk awak ambil Takaful. Saya ada bagitahu perbezaan antara kedua-dua ni di sini



2)      SIMPANAN – Untuk simpanan pula, jumlah minimum adalah sekurang-kurangnya 20%. Lagi banyak lagi bagus. Ada sesetangah orang berfikiran kalau nak simpan duit, simpan dekat bank. Hakikatnya, kita ada banyak lagi kaedah untuk menyimpan.
   
      Seperti contoh, kita boleh simpan dia ASB, Tabung Haji, Unit Trust, PRS, Stock market, Bitcoin, dan emas atau perak.




3)      KOMITMEN –  Kita semua mesti ada komitmen kita sendiri kan? Sewa rumah, loan kereta atau motor, minyak dengan tol, topup internet, yuran anak, nafkah, makan minum dan macam-macam lagi. Jadi jumlah untuk semua ni adalah 60% daripada jumlah total pendapatan rumah.



4)      DUIT BOCOR – Cuma 10% sahaja yang awak boleh pakai untuk hiburan atau kehendak. Kot-kot la ada sale dekat Shopee ke een. 


Jadi, untuk recap balik semua
- 10% maximum = Perlindungan
-20% minimum = Simpanan
- 60% maximum = Komitmen
- 10% maximum = Duit bocor

Sebelum saya terlupa, tip-tip ni semua adalah daripada jumlah pendapatan isi rumah tau. Kalau salah sorang daripada pasangan tu saja yang berkerja, dia perlu peka terhadap asas ni. Tapi kalau kedua-duanya berkerja, jadi pendapatan mereka seeloknya digabungkan bagi memudahkan urusan.

Kalau ada apa-apa soalan yang ingin ditanya, sila lah ke ruangan komen dibawah, atau WhatsApp saya di nombor 011-14888533 (Sabo chan). 

Akhir kata, Salam Ramadhan semua dan stay at home. Stay safe. #KitaMestiMenang

No photo description available.


Comments

  1. If you add don't put all eggs into one basket,it will be better.Tapi memang menarik this issue sebab ramai orang kita tak ada persediaan hadapi every crisis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Seeloknya kita diversifykan atau mempelbagaikan kita punya simpanan atau pelaburan untuk kurangkan risiko. Ini dipanggil 'risk diversification'.

      Delete

Post a Comment