Takaful vs Insuran [BM]


Untuk versi English, tekan sini.

Apakah perbezaan antara Takaful dan Insuran?

Dalam Islam, kita ada garis panduan untuk menjadikan sesuatu muamalat atau tatacara dan peraturan itu syariah compliant. Kita perlu tahu bahawa apa sahaja jenis pembelian atau penjualan yang bukan shariah compliant adalah haram di sisi Islam. 

Perkara paling utama yang perlu kita tahu adalah salah satu perbezaan terbesar antara Takaful dan Insuran adalah - Takaful itu shariah compliant tapi Insurance bukan shariah compliant. 

Untuk menjadikan sesuatu muamalat itu shariah compliant, is wajib ikut 4 peraturan ini:

  1. Tiada riba'
  2. Tiada gharar (ketidakpastian)
  3. Tiada maisir (perjudian)
  4. Tiada perkara-perkara yang diharamkan syarak (arak, perjudian, dll)



Akad untuk Takaful bukan akad 'jual beli' tapi akad Tabarru' iaitu derma bersyarat atau tolong menolong. Kalau awak mendaftar untuk Takaful, awak bukan membeli Takaful. Sebaliknya, ejen takaful dan syarikat yang dia wakilkan tu cumalah orang tengah yang mengumpul duit dari orang yang join takaful. 

Katakanlah, kalau salah seorang ahli pemegang takaful itu ditimpa musibah yang dipersetujui, duit yang dikumpul tu sebahagian besar akan diberikan kepada ahli tu. 

Jadi awak kena faham - sesiapa yang mendaftar Takaful ni bukan bermakna mereka membeli produk Takaful. Tetapi mereka dalam persetujuan bersyarat untuk saling bantu membatu sesama ahli. Ini juga dipanggil sebagai 'perkongsian risiko'.


Akad Insuran pula adalah akad  Muawadhah atau 'jual beli'. Kalau awak mendaftar untuk Insuran, ini bermaksud awak 'membeli' Insuran tersebut. Tapi apa produk 'Insuran' tu? Syarikat ke? Keselamatan awak? Saya sendiri pun tak pasti. 

Oleh itu, ia jatuh hukum gharar sebab tiada kepastian apa yang awak beli dari ejen tu. 

Lepas tu duit yang awak bagi setiap bulan dekat syarikat insuran tu pula adalah milik syarikat sepenuhnya. Sebab ada transaksi jual beli. Berbeza dengan Takaful yang cuma sekadar menjadi orang tengah. 

Malah, awak dianggap seperti memperjudikan nasib awak! Dimana ianya jatuh hukum maisir atau perjudian. Kalau berlaku sesuatu musibah, awak akan dapat pampasan. Tetapi kalau tidak, duit caruman bulanan yang awak bayar tu burn macam tu je. Ada yang untung, dan ada yang rugi. 

Kalau Takaful pula, sekiranya tak berlaku apa-apa, memang awak takkan dapat pampasan tapi awak dapat pahala sebab niat awak nak membantu. Ingat lagi tak awal-awal saya ada sebut tentang 'tolong menolong' diatas?  Jadi pemegang takaful ni akan saling bantu membantu sesama ahli dalam takaful. Bukan membeli. 



Tetapi kalau tak dapat pampasan pun, kita masih akan dapat cash value dia melalui dividen. Hal ini kerana sebahagian daripada caruman bulanan ahli tu akan dilaburkan ke saham yang shariah complian. 

Jadi hasil daripada pelaburan itu lah yang kita akan dapat. Sama ada berlaku apa-apa musibah (pampasan + cashvalue) atau tak berlaku apa-apa (cash value sahaja). Hasil pelaburan itu dijamin shariah complian. 

Lain pula halnya dengan Insuran. Syarikat insuran boleh pilih sama ada nak bagi atau tak cash value tersebut, bergantung kepada budi bicara dia. Suka hati dia lah nak bagi ke tak. 

Tambahan pula, kita tak tahu sama ada pelaburan yang dibuat oleh syarikat insuran itu shariah complian atau tak. Jadi hasil daripada pelaburan itu mungkin ada unsur-unsur riba' atau perjudian, ataupu terlibat dengan aktiviti yang haram seperti arak, judi dan lain-lain.

Di bawah ini saya sudah merakam semula semua yang telah saya bagitahu. Kalau awak ada apa-apa lagi soalan berkenaan dengan topik ini, jemput lah ke bahagian komen dibawah.

Dan jika awak berminat nak mengambil takaful, boleh WhatsApp no 011-14888533 (Sabo chan).


Salam Ramadhan dan selamat berpuasa semua. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat awak semua. #Stayathome #KitaJagaKita 

Apa Beza Insurans Nyawa dan Insurans Perubatan? | CompareHero

Comments

Post a Comment