Solusi Jerawat dan Berminyak

SOLUSI JERAWAT DAN BERMINYAK 😍

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin menceritakan tentang produk Garnier Pure Active. Terdapat jenis pencuci, skrub, dan toner. Fungsinya bukan sahaja untuk mencerahkan, malah untuk menghilangkan jerawat dan mengatasi kulit yang berminyak.

  

Produk ini mempunyai 3 jenis pencuci, iaitu diformulasikan daripada ekstrak buah-buahan, matcha, dan anti jerawat. Ketiga-tiga ini mengandungi ramuan semula jadi yang bersesuaian untuk melawan jerawat, mengurangkan minyak yang berlebihan dan dapat mencerahkan kulit.

 


Skrub pula dapat melawan tanda-tanda jerawat pada wajah, membantu mengecilkan pori-pori muka, menyingkirkan bintik-bintik hitam, sel mati, dan dapat menjadikan kulit kelihatan bersih cerah berseri.

 


Toner pula diperkaya dengan asid salistik dan ekstrak beri biru. Ia dapat melawan tanda-tanda jerawat dan minyak yang ketara dari hari demi hari. Produk ini diuji secara dermatologi dan disahkan Halal.

 

Cara penggunaannya adalah dengan menggunakan pad kapas selepas membersihkan muka. Walaubagaimanapun, bahagian mata haruslah dielakkan untuk berlakunya iritasi atau terhakis pada wajah. Sekian itu sahaja daripada saya. Salam hormat dan Assalamualaikum.

 

- Anis Abasri 🥰


Comments