NAK KEKAL AWET MUDA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harini kita ke segmen yang seterusnya dalam topik yang sama iaitu produk Simple. Produk Simple yang ketiga kali ini ialah Simple Regeneration Age Resisting yang membawa maksud anti penuaan.
Terdapat 5 langkah penjagaan ini iaitu tisu basah, pencuci muka, krim siang, krim malam, dan krim mata. Apabila kita memakai sesuatu produk dengan konsisten dan berterusan, pasti ia akan berhasil dengan jayanya.
Fungsi produk ini dapat membantu dan merawat kulit wajah daripada munculnya garis-garis halus atau kedutan di wajah terutamanya di bahagian mata dan garisan senyuman kerana tempat itu adalah paling lembut dan sensitif.
Selain itu, produk ini juga dapat membantu merangsang sistem imun kulit yang bermakna ketahanan wajah dapat dijaga daripada persekitaran cuaca yang tidak menentu.
Pada waktu malam, amatlah penting untuk kita memakai produk krim malam kerana ketika itulah krim akan meresap masuk ke dalam kulit wajah kita dan bekerja sebagai menganjalkan lagi kulit kita. Jangan risau, produk ini tidak ada kesan sampingan kerana telah diuji terlebih dahulu. Sekian sahaja daripada saya. Hingga kita bertemu kembali. Salam hormat dan Assalamualaikum.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment