Micellar Water Itu Macam Mana?

MICELLAR WATER ITU MACAM MANA 😅

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin mengupas tentang micellar water iaitu pembersih atau penanggal alat solek sebelum mencuci. Ia hadir dengan 3 jenis micellar iaitu botol yang berwarna jingga kekuningan, merah jambu dan biru. Ketiga-tiga ini mempunyai fungsi yang tersendiri mengikut jenis kulit masing-masing.

 


1. Oil-Infused Cleansing Water

  • Micellar ini antara yang tinggi harga berbanding yang lain. Walaupun tinggi, harganya masih lagi mampu milik sebanyak RM 19.90 di pasaran. Produk in fungsinya semua dalam satu yang bermaksud bukan hanya menanggal kekotoran solekan di wajah, malah mampu membersihkan wajah seperti memakai pencuci muka yang biasa kita gunakan. Apa yang saya rasa, produk ini amat berguna jika kita ingin menyegerakan cuci muka dengan menggunakan micellar ini dengan pantas tanpa berlengah masa dalam harian kita.

 


2. Cleansing Water Pink

  • Produk ini merupakan inovasi sebagai pencuci muka yang selalu kita gunakan. Ini kerana bahan yang terkandung di dalam ringan seperti molekul air yang mampu membersihkan segala kotoran di wajah dan solekan di mata tanpa menimbulkan sebarang iritasi. Ia amat sesuai jika kulit di tahap sensitif.

 


3. Cleansing Water Blue

  • Produk ini amat sesuai jika digunakan oleh pengguna yang masih dalam keadaan jerawat dan berminyak di wajah. Tidak perlu risau akan kesannya nanti kerana bahan ini telah dikaji telebih dahulu sebelum dikeluarkan.

 

- Anis Abasri 🥰


3 Manfaat Sunscreen untuk Kulit di Iklim Tropis

Comments

Post a Comment