Kulit Sensitif? Ini Penyelesaiannya

KULIT SENSITIF? INI PENYELESAIANNYA 

😍

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin menjelaskan tentang produk Simple Kind to Skin pula. Produk ini paling popular dalam antara kelima-lima produk itu kerana produk ini sangat bagus untuk semua jenis masalah kulit.

 


    Produk ini tetap berpegang pada falsafahnya untuk buat yang terbaik pada kulit wajah. Produk ini benar-benar lembut yang diperbuat dengan ramuan vitamin tambahan untuk kulit kelihatan sihat.

 


    Selain itu, produk ini juga bebas dari alkohol, tanpa pewarna, tanpa minyak wangi, dan tanpa bahan kimia yang keras yang boleh mengganggu kulit wajah. Itu sebabnya produk jenis ini amat sesuai dengan kulit yang sememangnya sensitif.


 

    Apa yang telah saya kaji, terdapat 15 langkah penjagaan produk ini iaitu tisu basah, tisu basah pembersih, cecair pembuang solekan mata, pencuci muka sejenis minyak, losyen, buih, pelembap, dan gel, skrub, toner, pelembap muka, pelindung matahari, krim malam, roll mata, serta topeng muka.


 

    Jika kita amalkan sentiasa penjagaan muka ini, memang akan ada keberhasilannya. Jika tidak menjaga kulit dari awal, pastinya kulit akan senang terdedah dengan jerawat dan benda yang tidak sepatutnya berada di wajah. Sekian sahaja daripada saya. Salam hormat dan Assalamualaikum.

 

- Anis Abasri 🥰


Comments

Post a Comment