Hebat Juga Garnier Ni

HEBAT JUGA GARNIER NI 😲

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita ke hari ini dengan topik set penjagaan jejaka. Ya, ini jenis set yang ketiga atau terakhir iaitu Garnier Men Power White.

 

    Produk ini berfungsi sebagai membersihkan kotoran di wajah, mengurangkan minyak yang berlebihan, serta dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam. Produk ini didatangi dengan 3 jenis langkah penggunaannya.

 

1. Anti Dark Spots + Pore Tightening Super Duo Foam

  • Pembersih wajah yang mempunyai kuasa pembersihan arang dan mineral dingin untuk membersihkan pori-pori secara menyeluruh serta dapat mencerahkan kulit wajah.

 


2. 2 in 1 Shaving + Cleansing Foam

  • Pembersih wajah ini dapat membersihkan kotoran degil dan minyak yang berlebihan. Buih yang padat juga bertindak sebagai buih untuk pencukur. Ia juga mengandungi kaolin dan menthol untuk mendapatkan hasil yang dingin semasa menggunakannya lebih-lebih lagi ketika bercukur. Produk ini juga dapat menghasilkan kulit yang lebih bersih dan cerah.

 


3. Anti-Dark Spots & Pollution Whitening Serum SPF 30

  • Serum ini mampu melembapkan wajah dengan 30 kali kuasa perlindungan. Ia juga dapat mengurangkan kulit kusam, bintik-bintik hitam, dan melindungi kulit daripada kesan pencamaran.

 


- Anis Abasri 🥰


Comments

Post a Comment