Garnier pun ada BB Krim?

GARNIER PUN ADA BB KRIM 😲

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kita akan bercerita berkisar tentang BB krim. Mesti pernah dengarkan? Tapi saya akan jelaskan lebih terperinci apa fungsi dan cara untuk memakainya.

 


Garnier BB Cream Skin Protector yang mengandungi sebanyak 18ml. Saiz yang kecil dan sesuai dibawa kemana sahaja. BB Krim adalah singkatan untuk “Bleamish Balm” yang membawa maksud krim balsem cela.

 

Dengan erti kata lain, kandungannya telah pun dicampur dengan primer, pelembap, faktor pelindungan cahaya matahari (SPF), merawat kulit, bedak asas, dan “concealer”.

 

Produk ini juga dikembangkan di negara Jerman sebagai krim semua dalam satu. Ia juga digunakan untuk rawatan pasca-laser pesakit untuk perlindungan, liputan kulit, dan penghidratan.

 

Apa yang seronoknya jika memakai BB krim ini ialah wajah kelihatan cerah berseri dan tampak sempurna selepas penggunaan buat kali pertama di wajah. Selain itu, BB krim ini diperkaya dengan sari lemon, pigmen mineral pula dapat menyembunyikan dan meratakan tona kulit dengan natural, serta krim ini juga sangat ringan yang mudah untuk diratakan tanpa menyumbatkan pori-pori yang ada.

 

- Anis Abasri ðŸ¥°


Comments