Detokskan Kulit Wajah

DETOKSKAN KULIT WAJAH 😍

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kembali kita ke segmen penjagaan kulit wajah. Selepas kita telah mengetahui sedikit demi sedikit tentang set penjagaan wajah produk rangkaian Simple. Jadi, disini saya ingin klasifikasikan produk ini yang bersesuaian dengan jenis wajah kita.


    Produk Simple ini mempunyai 5 jenis fungsi iaitu Simple Daily Skin Detox, Simple Spotless Skin, Simple Regeneration Age Resisting, Simple Water Boost, and Simple Kind to Skin. Disini saya ingin jelaskan satu-satu iaitu Simple Daily Skin Detox.


    Simple Daily Skin Detox. Detox? Detoks ini dapat membantu mematahkan kitaran dengan mensasarkan penyebab utama kulit cela. Produk ini menggunakan bahan lembut yang kuat seperti campuran thyme, zinc, dan witch hazel. Bahan-bahan ini pakar untuk mengeluarkan minyak dan liang-liang bersih yang mendalam sekaligus mengurangkan berlakunya kemerahan.




    Apa yang saya kaji, produk Simple Detox ini mempunyai 3 benda iaitu tisu basah, pencuci muka, dan skrub muka. Ia juga memberikan kesan penghasilan jauh lebih bersih yang mendalam terhadap kulit wajah.


    Produk Simple yang lain, jangan lupa untuk ikuti sekali ya. Banyak produk yang perlu kita kaji demi serasikan kulit wajah kita. Dengan harga yang berpatutan sangat menjimatkan kita untuk membeli dengan bijak. Hingga kita bertemu kembali. Salam hormat.


- Anis Abasri 🥰


Comments

Post a Comment