Apa? Bintik-bintik Hitam

APA? BINTIK-BINTIK HITAM 😨

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kembali lagi kita ke segmen produk penjagaan wajah. Sebelum ini kita bercakap tentang detoks kulit, hari ini kita cerita tentang produk Simple yang khusus untuk memudarkan bintik-bintik hitam di wajah.



Produk ini yang diberi nama iaitu Simple Spotless Skin mempunyai 3 produk langkah penjagaannya seperti tisu basah, pencuci muka, dan sejenis roll-on untuk digunakan pada bintik-bintik hitam.


Ia juga dapat mengurangkan kemerahan dan pastinya menghilangkan bintik-bintik hitam atau tompok hitam pada wajah. Namun begitu, produk ini tetap sesuai bagikulit yang sensitif.


Oleh kerana, produk ini diuji secara dermatologi dan diluluskan oleh pihak berkenaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia boleh didapati di Watson atau Guardian asalkan tempat yang kita jamin asli dan bukannya tiruan.


Produk di atas inilah yang mengandungi bahan yang boleh menghilangkan bintik-bintik hitam. Asalkan kita tahu cara penggunaannya dan menggunakan secara konsisten, pasti berkesan. Teruskan bersama saya perihal Simple di blog yang seterusnya. Salam hormat dan Assalamualaikum.

 

- Anis Abasri ðŸ¥°


Comments

Post a Comment