ALAMAK.. KULIT KERINGLAH PULA 😅
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kita bertemu kembali dalam perihal penjagaan kulit wajah. Produk kali ini adalah untuk kulit yang mempunyai masalah kering dan ingin mendapatkan kesan yang baik pada wajah iaitu produk Simple Water Boost.
Terdapat 7 jenis langkah penggunaannya iaitu tisu basah, micellar water yang bermaksud air yang dicampurkan dengan bahan yang bersesuaian untuk menanggal segala kekotoran di wajah, pencuci muka sejenis gel, booster yang seperti serum, krim yang teksturnya krim, krim malam untuk tidur, dan topeng muka yang mengandungi cecair serum atau sebagainya.
Produk Simple Water Boost ini dapat memberikan kelembapan segera kepala kulit yang dahagakan kelembapan. Ini dapat mengembalikan semula hidrasi dan menjadikan kulit kita kelihatan sihat dan lembut ketika sentuh.
Fungsi booster ini adalah untuk penghidratan kepada kulit secara cepat dan mudah menyerap masuk ke dalam wajah yang mempunyai simtom kulit kering ini. Ia dirumus khas dengan ramuan mineral dan ekstrak tumbuhan semula jadi yang bersesuaian dengan kulit wajah.
- Anis Abasri 🥰
good
ReplyDelete