ADUHHH.. KULIT BERMINYAK 😅
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua Garnier Men yang kedua iaitu Garnier Turbolight Oil Control. Produk ini mempunyai 6 langkah untuk menjaga kulit wajah bagi jejaka terutamanya kulit yang berminyak.
1. Anti-Shine Brightening Cooling Foam
- Pembersih wajah ini diperkaya dengan ekstrak lemon dan mineral liat yang mampu memerangkap minyak secara efektif. Kesannya akan menampakkan kulit wajah kelihatan lebih bersih dan segar.
2. Whitening + Oil Control Super Duo Foam
- Pembersih wajah ini mempunyai dua kuasa pembersihan secara mendalam yang berfungsi sebagai memerangkap sisa kotoran dan membersihkan pori secara menyeluruh.
3. Matcha Deep Clean Foaming Gel
- Pembersih wajah ini yang berteksturkan gel dengan 100 kali ekstrak teh hijau yang berfungsi sebagai antioksida untuk membersihkan kulit dan pori wajah secara mendalam.
4. Anti Blackheads Brightening Icy Scrub
- Skrub ini diperkaya dengan ekstrak lemon dan mineral liat serta mampu membersihkan wajah secara mendalam. Ini juga dapat mengurangkan bintik-bintik hitam dan mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan di wajah.
5. Intensive Charcoal 3-in-1 Foam
- Produk ini dirumus khas 3 dalam 1 iaitu berfungsi sebagai pembersih, skrub, dan masker dalam satu masa. Ia mengandungi gabungan kuasa arang, manik-manik dan tanah liat untuk membersihkan wajah secara mendalam. Ia juga dapat mengurangkan bintik-bintik hitam dan dapat mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan sehingga 12 jam.
6. Shine Control Whitening Serum Cream
- Pelembap wajah khas buat jejaka untuk mengurangkan kesan berminyak, mencerahkan kulit dan mengawak pengeluaran minyak sehingga 12 jam.
- Anis Abasri
😍
ReplyDelete