KEBAIKAN PENCUCI MUKA MINYAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin memberitahu tentang kebaikan pencuci muka jenis minyak ini. Terdapat 4 perkara yang saya dapat. Jika anda perasan, pencuci muka jenis minyak antara tertinggi harganya berbanding pencuci muka yang lain. Mari kita selidik, apa yang seronoknya pencuci muka jenis minyak ini.
Pertama, pencuci muka ini untuk kulit yang ada masalah dengan wajah kulit yang berminyak. Minyak larut dengan minyak. Lucu bukan. Tapi jangan pandang sebelah mata, keberhasilan itu yang kita mahukan.
Kedua, ia dapat melembutkan malah menghidratkan kulit wajah. Hidratkan penting, jadi kita kena sentiasa rajin membaca produk mana yang ada fungsinya untuk menghidratkan kulit wajah.
Ketiga, pencuci muka ini bebas sabun. Ia, betul. Ia ada kandungan yang berminyak tetapi sesuai untuk menyingkirkan kotoran di wajah. Jangan pula memakai minyak masak untuk tanggalkan solekan ya, aniaya nanti.
Akhir sekali, ia dipakai ketika tangan dan muka kita dalam keadaan kering, tidak perlu membasahkan muka kita untuk memakai pencuci ini. Air diguna apabila kita bilas wajah sahaja.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment