CARA MENGGUNAKAN PENCUCI MUKA MINYAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin buka topik tentang bagaimana langkah penggunaan pencuci muka minyak ini.
Pertama, pastikan muka dan tangan kita kering sebelum memakai pencuci muka minyak ini. Jika ada solekan ke atas muka, tidak perlu tanggalkan dengan air misel atau apa-apa kerana pencuci muka minyak ini mampu menanggalkan segala kotoran di atas muka.
Kedua, urut perlahan-lahan ke atas muka hinggalah segala solekan dan maskara kalis air itu cair. Oh ya, sebelum itu, lihat dahulu kandungan di dalam pencuci muka minyak ini. Pastikan ia mengandungi minyak kelapa kerana bahan tersebut amat baik untuk kulit wajah dan dapat menyihatkan ia.
Ketiga, jika ada kain muka, gunakanlah. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan wajah jauh lebih dalam. Kain lembut itu khas untuk wajah sahaja dan ianya sangat lembut. Jangan risau, ia tidak merosakkan kulit wajah.
Akhir sekali, jika kita memakai pencuci yang jenis minyak ini, jangan sesekali kita tinggalkan rutin penjagaan harian kita. Ini adalah untuk membuat kulit kita semakin sihat dan bermaya sepanjang masa.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment