TIPS UNTUK TAMPIL KULIT BERSERI 😍
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin memberitahu tentang tips untuk mendapatkan kulit wajah kelihatan cerah berseri. Jangan langkau post ya, baca sampai habis dulu.
Perkara pertama yang perlu kita buat ialah menambahkan skrub dalam rutin penjagaan wajah harian kita. Ia berfungsi sebagai membuang sel-sel mati pada kulit dan kelihatan mulus apabila menggunakannya.
Kedua, vitamin C. Bukan hanya mendapatkan vitamin C pada waktu pagi itu. Malah, memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah oren amat penting untuk tubuh badan dan kulit.
Ketiga, pelembap muka. Sangat penting sekali dalam langkah penjagaan. Tanpa pelembap, ia tidak berfungsi langsung dalam penjagaan wajah. Jadi, jangan tinggalkan ia okey.
Keempat, membuat senaman. Mengeluarkan peluh begitu penting dan dapat membantu dalam peredaran darah. Oleh itu, kulit akan bekerja dan dapat menghasilkan seri wajah jika kita lakukan senaman.
Akhir sekali, rutin penjagaan wajah. Jangan pernah tinggalkan kerana ia dapat memburukkan lagi kulit wajah jika kita berhenti mengamalkannya. Jadi rajin-rajinkanlah memanjakan wajah kita.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment