Bila saya tanya orang apa yang meraka faham pasal 1 May, meraka akan
jawab 1 Mei ni “Hari bonus” untuk semua pekerja seduania. Yang mana semua pekerja berhak
untuk dapat berehat dari dunia pekerjaan dan isi masa lapang untuk menikmati
kehidupan.
Tapi takkan la dalam masa setahun, pekerja dapat cuti satu hari je? Mana
logic.
Walaupun hari tersebut kita cuti, ini bukanlah bermaksud Hari Pekerja
adalah hari untuk memberi rehat kepada pekerja.
Permulaan kisah
Pada tahun 1880-an, Amerika mengamalkan satu system yang dikenali
sebagai system ekonomi ‘laissez faire’ pada zaman Gilded Age(1865-1900).
Yang mana kerajaan tidak masuk campur dengan hal urusan ekonomi. Disebabkan
amalan ini, industri mereka berkembang pesat dan Amerika menjadi ekonomi
terbesar di dunia.
Dalam era itu juga, sambutan ‘May Day’ ini wujud disebabkan mogokan para
pekerja yang dipaksa untuk berkerja 12-14 jam sehari, malah ada yang sampai 16
jam sehari! Tanpa cuti. Buruh kanak-kanak adalah perkara biasa
sebab tiada undang-undang yang mewajibkan kanak-kanak bersekolah.
Konflik berlaku antara para kapitalis dan pekerja, dan konflik tersebut
dipanggil Peristiwa Haymarket (Haymarket Afair) pada 3-4 Mei 1886.
Pada tahun 1888, 2 tahun selepas mogokan tersebut, Persatuan Buruh Amerika
(American Federation of Labor) menjadikan 1 Mei sebagai tarikh peringatan.
Tarikh 1 Mei telah ditetapkan sebagai Hari Pekerja Antarabangsa oleh
Gabungan Socialis Sedunia pada tahun 1889.
Teddy Roosevelt (1901-1909) pula telah menetapkan waktu bekerja selama 8 jam
sehari sahaja dan mengharamkan buruh kanak-kanak, serta mengenakan kawalan
undang-undang ke atas syarikat-syarikat besar.
Di Malaysia, Hari Pekerja masih lagi belum diiktiraf sehinggalah
Tun Dr. Ismail, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu mengumumkan 1 Mei
sebagai Hari Pekerja dan cuti umum pada tahun 1972.
Ini sebab sebelum tu, idea sambutan Hari Pekerja ni ditentang habis
habisan oleh kerajaan yang pada ketika itu mengamalkan ekonomi laissez faire.
Mereka bimbang 1 Mei ni akan ‘ditunggang’ oleh golongan kiri (sosialis dan
komunis).
Di bawah adalah keratan akhbar Berita Harian 25 Febuari 1960.
Hal ini kerana Tun Abdul Razak (Perdana Menteri) telah didedahkan dengan
idea-idea socialism, sewaktu menghadiri kuliah Harold Laski di London School of
Economics dan menyertai Persatuan Fabian (Fabian Society) serta Parti Buruh (Labour
Party).
Walaupun Tun Razak bukanlah seorang socialis, tapi idea sosialisme
tentang keadilan social, kesamarataan dan hak buruh telah mempengaruhi halatuju
pemerintahan beliau.
Jadi, cuti yang korang dapat ni bukanlah atas ihsan golongan kapitalis,
tetapi perjuangan golongan buruh terdahulu untuk membela nasib mereka dan
generasi mendatang.
Comments
Post a Comment