PERBEZAAN JERAWAT DAN BINTIK-BINTIK HITAM 😍
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana setia dengan post kami. Ada pembaca tujukan soalan kepada saya, apa perbezaan bintik-bintik hitam dan jerawat ini. Mari kita pelajari sesi ini di sini.
Kulit akan mengalami cela seperti jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam, parut, lingkaran gelap bawah mata, kedutan, pori-pori terbuka, dan kemerahan. Jadi, ada sedikit kekeliruan antara jerawat dan juga bintik hitam ini.
Jika kita mengalami antara dua masalah kulit ini, pasti kita dapat bezakan. Jerawat ini kebiasaannya timbul dan ada kemerahan di atasnya. Ia ada sedikit benjolan. Manakala bintik hitam ini adalah disebabkan pori yang tersumbat dan timbul benjol yang kecil bewarna hitam.
Pelbagai produk yang dijual untuk menyingkirkan kesan jerawat dan bintik hitam ini. Kita tidak perlu risau akan kehadiran masalah yang sebegini. Asalkan kita tahu untuk cara merawatnya dengan baik.
Walaupun kita sibuk dengan kerja harian kita, amat penting untuk kita menitikberatkan keadaan kulit wajah di manapun kita berada. Sekian sahaja daripada saya. Hingga kita bertemu kembali. Salam hormat dan Assalamualaikum.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment