PENJAGAAN WAJAH SELEPAS BERSENAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin buka topik tentang penjagaan kulit wajah selepas bersukan. Ramai orang awam sangkakan tidak perlu memakai sebarang produk di atas wajah sebelum dan selepas bersukan.
Jawapannya, tidak sama sekali. Bersukan perlu juga memakai set penjagaan wajah tetapi ianya ringkas dan nipis. Kita akan pergi lebih lagi teliti untuk mengetahui cara-caranya.
Seperti biasa, bersihkan wajah terlebih dahulu selepas memulakan senaman di luar. Jika boleh, dapatkan tisu basah untuk mengelap dan membersihkan segala peluh dan kotoran di wajah. Terdapat banyak pencemaran dan sebum di wajah yang perlu kita bersihkan.
Ini juga dapat mengelakkan kita daripada wajah yang penuh dengan tompok hitam. Ini kerana pendedahan peluh kita yang telah lama melekat ke atas wajah kita. Jadi, haruslah kita cepat-cepat membersihkan wajah kita dengan segera.
Akhir sekali, jangan sesekali kita meninggalkan pelembap wajah dan juga pelindung wajah cahaya matahari untuk memulihkan semula kulit wajah kita. Sekian sahaja daripada saya. Salam hormat dan Assalamualaikum.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment