PENJAGAAN KULIT WAJAH PADA WAKTU MALAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin sentuh sedikit topik betapa pentingnya rutin penjagaan kulit pada waktu malam. Selalunya kita dengar siangkan. Jadi, ini kita akan mendalami penjagaan pada waktu malam.
Malam cuacanya sejuk berbanding siang. Pastinya apabila kita memakai penjagaan wajah pada waktu malam tidak mudah cair berbanding siang, bukan? Oleh itu, penjagaan waktu malam dan siang memang ada bezanya jika kita teliti betul-betul.
Jika waktu malam dengan cuaca yang dingin, kita dikehendaki memakai pencuci muka sejenis minyak. Ini kerana untuk mengelakkan kulit menjadi kering dan dehidrasi.
Selepas itu, seperti biasa kita memakai rutin penjagaan seperti biasa. Apa yang bezanya di sini ialah kita memakai krim malam, masker tidur, krim mata. Ianya sangat bagus semasa kita sedang tidur kerana muka kita sedang berehat ketika itu.
Walau bagaimanpun, bibir jangan lupa kita sapukan dengan rawatan bibir supaya bibir kelihatan mungil, lembut, dan merah bak delima. Jangan hanya muka sahaja sihat, bibir pun mesti dirawat juga.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment