PENJAGAAN KULIT KERING
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini kita akan berbicara tentang penjagaan kulit wajah yang kering. Ada pelbagai cara untuk melembutkan semula wajah yang kering asalkan kita rajin mengamalnya.
Pertama, kenal dahulu pencuci muka wajah kita khusus buat kulit kering atau tidak. Jika ya, teruskan. Jika tidak, hentikan. Air misel amat berguna buat kulit kering kerana kandungannya sangat lembut untuk kulit wajah.
Kita kena elakkan dari menggunakan pembersih muka yang terlalu banyak buih kerana boleh mengakibatkan kering semula wajah dan menjadikan kulit wajah sensitif. Boleh jadi juga kulit merekah dan timbul garisan halus.
Seterusnya, menghidrasikan wajah. Kulit yang kering memang patut diberi rawatan yang rapi kerana boleh terjadinya sensitif dan mengakibatkan jeragat di usia yang muda. Jadi, menghidrasikan wajah adalah penyelesaiannya.
Oleh itu, kita haruslah memilih pelembap wajah yang kaya dengan air supaya kelembapan pada kulit wajah sentiasa lembap dan menjadikan kesan seri di wajah. Air juga penting untuk tubuh badan dan wajah yang sihat.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment