Pemakanan Juga Penting untuk Wajah

PEMAKANAN JUGA PENTING UNTUK WAJAH 😍

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin buka topik tentang pemakanan kita juga mainkan peranan yang penting untuk kulit wajah kita dan tubuh badan.


 Buah-buahan Segar yang Baik Dikonsumsi Ibu Menyusui


Apa yang kita makan, akan diproses dan mengeluarkan hasil sama ada baik atau tidak terhadap bentuk fizikal kita seperti tubuh badan dan juga kulit wajah. Kita sendiri akan tahu dan dapat menilai adakah seseorang itu mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang?

 

Jadi, disini saya ingin membuka ruangan untuk bagaimana kita menjaga kulit wajah serta badan yang sihat dan menjaminkan keyakinan diri terhadap orang ramai. Ini amatlah penting untuk memiliki peribadi yang sihat dalam jangka masa panjang.

 

Buah-buahan adalah kaya dengan air. Sebagai contoh, tembikai, timun, dan tomato adalah permulaan bagi yang benar-benar mengimpikan kulit wajah yang sihat. Ia kaya dengan vitamin dan boleh dijadikan kudap-kudap semasa kita duduk untuk membuat kerja di pejabat, misalnya.

 

Jika kita rasa bosan untuk memakan buah begitu sahaja, kita boleh jadikan buah tersebut sebagai smoothie. Jangan pula jadikan ia asam jeruk atau rojak. Ini kerana ia akan kehilangan vitamin dan mineral di dalamnya dan tidak akan ada apa-apa kebaikan untuk kulit wajah dan badan. Sekian sahaja daripada saya. Salam hormat dan Assalamualaikum.

 

- Anis Abasri 🥰


Iklan TESCO 18.06.2020 - 01.07.2020 | My Katalog

Comments