Pelbagai Masker yang Perlu Kita Tahu

PELBAGAI MASKER YANG PERLU KITA TAHU 😍

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kita nak tahu lebih terperinci lagi jenis-jenis masker muka. Rupanya masker muka ni bukan satu jenis sahaja. Malah ada beberapa lagi jenis yang terkandung di dalam sachet masker wajah ini.


 6 Manfaat Luar Biasa Masker Tepung Beras Untuk Wajah - LAMOSEA


1. Masker Krim

  • Dikenali sebagai masker tradisi. Masker ini mempunyai tekstur berkrim yang mampu memberikan perawatan kepada wajah dengan lebih mendalam. Ini juga terkandung dengan bahan mentega shea, minyak semula jadi, atau ekstrak mawar.

 Ini Cara Menggunakan Sleeping mask agar Wajah Lembap


2. Masker Gel

  • Dikenali sebagai masker ringan. Teksturnya bergel yang diapakai selepas krim malam dan sebelum krim mata. Fungsi yang sama dengan masker-masker yang lain. Amat disyorkan buat kulit yang kering dan sensitif. Ia terkandung dengan ramuan madu, serat flaks, dan lidah buaya.

 Begini Cara Memakai Masker Wajah Lembaran Agar Manfaatnya Maksimal ...


3. Masker Lembaran

  • Dikenali sebagai masker moden. Ini kerana majoriti wanita amat menggemari memakai masker ini sebelum masuk tidur. Dipakai selama 15 minit dan diurut-urut cecair berlebihan itu secara lembut. Ianya diperbuat oleh tisu kapas yang direndam dengan ramuan yang berkhasiat untuk kulit.

 

- Anis Abasri 🥰


Alpro Pharmacy LOreal Paris Revitalift Crystal Micro Essence 130ml ...

Comments