Nukilan Syeikh Ahmad Al-Fatani



Dan ketahuilah olehmu bahawasanya: 

  • Ilmu tarikh (ilmu sejarah)itu daripada sebesar-besar segala ilmu kadarnya dan terlebih cemerlangnya, di dalam segala kelam, tercenggang itu qamarnya (bulannya).
  • Memberi faedah ia akan yang mempunyainya, akan cerdik dan tajam penilikannya. 
  • Dan jauh pandangannya, dan luas pengetahuannya. Hingga meninggilah ia, atas segala mereka yang semasanya, dan sama taranya. 
  • Bahkan membawa manfaat bagi akhiratnya
  • Kerana dengannyalah, jadi canca (terang benderang) bagi tolannya oleh afkar (fikiran-fikiran) 
  • Dan dengan dia pula dapat mengambil iktibar 
  • Dan dengan dia, diketahui segala hawadith (peristiwa) di dalam segala masa, dan di dalam cerminannya, Terlihat barang yang mentadwinkan (mengarangkan) dia oleh segala mereka, Yang dahulu-dahulu daripada ulum (sekalian ilmu pengetahuan) dan sana'i (perbuatan dalam pertukangan) 
  • Dan nyatalah dengan dia, oleh barang yang tersembunyi, Daripada segala ehwal qurun (zaman) yang telah lalu, Dan sekalian khabar segala negeri, dan barang yang di dalamnya. 
  • Daripada athar (kesan peninggalan sejarah) dan manafi' (faedah-faedahnya).

(Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatani, Hadiqatul Azhar War Rayahin. Dlm Wan Mohd Shaghir. 1998. Pemikiran Pelbagai Keilmuan, Islam dan Dunia Melayu. Hlmn 115-116) 

VIDEO] Selami Semangat Cintakan Negara Dengan 8 Iklan Merdeka 2019 ...




























Comments