Dalam sejarah disebutkan Melayu itu pengembara lautan. Mereka digelar sebagai sea farers.
Pernah perasan tak kenapa hanya bangsa Melayu yang pakai ayat 'tanah air' untuk merujuk kepada tempat tinggal dia. Kenapa negara lain panggil, motherland tapi sampai je dekat Melayu, tanah air.
Kita guna perkataan tanah dan air. Sebab apa? Ini sebab bangsa kita dahulu boleh duduk di tanah, dan mereka juga boleh duduk di air (belayar). Mereka merupakan penggembara di laut dan darat. Punyalah deep orang-orang dahulu ni.
Dari segi penggunaan bahasa pon kita boleh tahu betapa tingganya ilmu mereka di zaman itu.
Berbeza dengan tanah Eropah, bangsa Melayu merupakan satu-satunya bangsa di dunia ini yang mana tempat asal dia bukan di atas satu daratan yang besar. Hal ini kerana tanah Melayu terdiri daripada gugusan tanah kepulauan yang kecil. Bentuk muka bumi Alam Melayu yang terdiri daripada gugusan pulau-pulau di samping hutan tebal di darat menyebabkan perhubungan melalui pengangkutan air lebih mudah dan cepat berbanding darat.
Macam contoh, Arab. Tanah dia luas dan bangsa mereka tinggal di satu kawasan yang luas. Mereka menggembara menggunakan unta dan kuda meredah padang pasir. Tapi hutan di Alam Melayu agak sukar untuk diredah dengan lembu atau kuda.
Sebab itulah, orang-orang Melayu lebih mahir menggunakan jalan laut berbanding jalan darat.
Kevin Reilly telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu adalah pelayar yang pertama berlayar di lautan luas.
"Orang-orang Melayu dan Melayu-Polinesia adalah bangsa pertama di dunia yang berlayar di lautan luas, dan mereka berlayur jauh sebelum kompas dicipta. Mereka mampu berlayar di lautan Pasifik yang sangat luas dengan melakukan penelitian secara cermat terhadap bintang, ombak, gelombang lautan, bentuk awan, pergerakan burung dan ikan serta tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam laut. Merak juga mampu untuk mengesan pulau-pulau sejauh 30 batu dari kedudukan mereka .......... "
Berdasarkan catatan tentang pelayarn mereka merentasi lautan Pasifik, mereka telah mencipta perahu kembar yang tirus (asal bagi bot catamaran moden) bagi kestabilan meredah ombak lautan.
Melayu juga merupakan pen cetus jalan laut yang terawal di antara India dan Cina. Walaupun ketika zaman kemasyhuran jalan sutera di daratan, pelayar-pelayar Melayu telah menemui cara berlayar menggunakan angin monsun dari selatan India ke China melalui selat Melaka.
Sejak 300 tahun sebelum Masihi, pelayar Melayu mula berlayar menggunakan angin monsun ke China dan India. Jadi di sini telah terbukti bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang paling berani belayar pada ketika itu. Michael Adas juga ada menyatakan bahawa pelayar Melayu telah tiba di pantai timur Afrika selewat-lewatnya pada abad pertama sebelum Masihi.
"Mungkin orang Melayu wajar juga dianggap sebagai 'Kaum Viking Timur'. Ini kerana pada diri mereka terdapat kemahiran membina kapal, dikenali sebagai pelaut dan pelayar terbilang, begitu mesra dan biasa dengan air seperti ikan dan pernah menakluki sebahagian besar bumi ini sebelum ditemui oleh orang Eropah" - John Tiffany.
Siapa bilang Melayu tak hebat? Kalau orang lain boleh nampak kehebatan kita, kenapa kita tak boleh nampak?
Buka mata, tepuk dada, tanya selera.
Comments
Post a Comment