MASKER MEMANG TERBAIK 😍
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kita mendalami lagi tentang penggunaan masker wajah. Memang banyak kebaikannya yang terkandung di dalam masker ini.
Ia dapat menyegarkan wajah kulit kita. Kita haruslah jadikan masker pilihan sebagai rutin mingguan kita agar kelihatan berseri. Jangan mengambil mudah jika kita terlalu sibuk dengan tugasan harian kita.
Masker muka ini boleh dipakai bila-bila sahaja asalkan selepas mencuci muka dan memakai penyegar. Kandungan di dalam masker sangatlah memuaskan kerana ianya mudah menyerap ke dalam wajah.
Kandungan apa yang terbaik di dalam masker wajah ialah daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti lidah buaya. Jikalau kulit sensitif mengenakan bahan yang mengandungi dengan tumbuh-tumbuhan, pastikan kita baca label pada produk itu adakah produk itu serasi atau tidak bagi kulit sensitif.
Selalunya, produk yang mengandungi ekstrak tumbuhan ini akan dicampur dengan bahan yang diluluskan demi pengguna yang ada dengan masalah kulit. Jadi usah risau akan bahannya kerana itulah kita perlu membaca label di atas produk tersebut.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment