Kenapa Belajar Sejarah itu Penting?



Subjek sejarah adalah subjek paling popular dalam kalangan pelajar - paling popular dengan kobosanannya. 

Saya dulu pun boleh katakan benci juga lah dekat sejarah ni, tapi disebabkan satu insiden berlaku dalam hidup saya ni, saya sudah mula berfikir. Dan rupanya, sejarah ini sangat seronok bila kita faham ceritanya. 

Pepatah ada mengatakan 'Tak kenal maka tak cinta' . Jadi sebab itulah ramai yang tidak suka sejarah. Mereka tidak faham betapa pentingnya sejarah dalam mengekalkan identiti bangsa dan agama kita. Dan mungkin boleh jadi juga cikgu yang mengajar mereka tidak berapa mahir nak mengajar dan menarik minat anak-anak muda. 

Semuanya bermula dengan minat saya terhadap anime - One Piece. Dalam anime tu, ada banyak yang telah pengkarya kaitkan dengan sejarah, lebih-lebih lagi sejarah tentang budaya.

Saya akan bercerita dengan lebih lanjut berkenaan One Piece dan sejarah di sini.

Pada masa itu, saya seorang yang 'liberal', sangat terbuka dan open-minded. Tetapi pada masa yang sama, saya observe sekeliling. 

Salah satu peristiwa yang menjadikan saya tersedar akan kepentingan sejarah ni adalah bila saya perhatikan negara jiran yang begitu bangga dengan negara dia sendiri. Contoh paling mudah adalah seperti Amerika Syarikat. 

Dan bila kita nampak mereka ini bercerita tentang sejarah bangsa dan negara mereka, kita gelarkan dia sebagai highly cultured and educated. 

Tapi bila Melayu buat perkara sama, mereka dipanggil 'kuno' dan 'ketinggalan zaman'? Logik apakah itu? 

Lagi satu peristiwa yang betul-betul membuka mata saya tentang kepentingan identiti ini adalah rakan yang saya baru kenal tahun 2018. Perkenalan tersebut telah banyak mengubah  hidup saya. 
''The most effective way to destroy a people is to deny and obliterate their understanding of their history"  - George Orwell. 
Kaedah yang paling berkesan untuk menghancurkan seseorang adalah dengan menyangkal dan menghilangkan pemahaman mereka tentang sejarah mereka. Pesanan ini telah dikongsikan oleh rakan saya tu. 

Beliau telah membuka mata saya terhadap pentingnya identiti sesebuah bangsa dan negara itu. Tanpa identiti, kita ini ibarat layang-layang yang terlepas dari tuan.  Memang kalau dari bawah nampak seperti kebebasan tetapi hakikatnya, awak cuma terbang tanpa arah mengikut tiupan angin. Follow the flow lah katakan. 



Dengan sejarah ini lah kita boleh tahu tentang hal ehwal kisah perisitwa sejarah silam dan belajar dari kisah tersebut. 

Dalam Islam juga Allah telah memberitahu tentang kepentingan ilmu sejarah khususnya ilmu sejarah para Nabi, para Rasul, dan umat yang terdahulu. Sebab itulah bila kita baca Al-Quran, banyak kisah sejarah yang telah diceritakan. Boleh kata, ilmu sejarah lah ilmu yang paling banyak dalam Al-Quran. 

Allah swt telah berfirman 


Ibnu Khaldun menukilkan seperti berikut: 
"Ketahuilah, ilmu sejarah merupakan ilmu yang mulia mazhabnya, besar manfaatnya dan bertujuan agung. Ilmu sejarah menyebabkan kita dapat mengetahui perilaku dan akhlak umat-umat terdahulu, jejak-jejak para Nabi, para raja dengan kerajaan dan politik mereka sehingga dapat dijadikan pelajaran oleh orang-orang yang mengambil penlajaran, baik dalam urusan dunia ataupun akhirat"
Kalaulah sejarah itu tak penting, takkanlah America nak menghasilkan series History Channel, ye dak? Mereka boleh bangga dengan sejarah mereka, kenapa bukan kita? 

Saya percaya kalau kalian betul-betul kaji sejarah Tanah Melayu, kalian akan nampak betapa gah dan hebatnya bangsa kita suatu masa dahulu. Cuma tinggal untuk awak buka mata saja. 

ramadan
 


Comments