Kelemahan orang Melayu - Tak tahu sejarah


Antara kelemahan bangsa Melayu berbanding bangsa-bangsa yang lain di dunia ini ialah bangsa Melayu mudah lupa, lebih-lebih lagi tentang sejarah negara dan tanah air mereka. Perkara ini menyebabkan mereka mengabaikan terus pengetahuan sejarah. Lupa daratan. 

Berbeza pula dengan orang-orang Arab dan Parsi yang sangat peka dengan sejarah bangsa dan tanah air mereka. Sebab itu jugalah bangsa Arab dan Parsi ini berjaya melahirkan penulis-penulis sejarah yang uluing seperti Imam ath-Thabri, Imam Ibnu Kathir, Ibnu Al-Kalbi dan ramai lagi. 

Namun bagi bangsa Melayu, sikit sangat penulis sejarah ulung seperti mereka. Akibatnya, fakta-fakta sejarah yang sangat berharga di Alam Melayu tidak diketahui dengan jelas. Mungkin ada yang tahu, tapi tak ramai dan tidak formal seperti tulisan blog ini. 

Kita mesti perang penyakit pengabaian supaya bangsa kita dapat tahu betapa hebatnya bangsa Melayu ni dan belajar daripada kisah pengorbanan dan perjuangan mereka. 

Apakah erti kemerdekaan tanpa sejarah? 

"Pengabaian bangsa Melayu terhadap ilmu sejarah tempatan telah dinukilkan oleh Syeikh Ahmad Al-Fatani dalam kitabnya yang bertajuk Hadiqatul Azhar War Rayahin. Beliau menyatakan bahawa bangsa-bangsa di Alam Melayu telah mengabaikan sejarah tempatan termasuk golongan cerdik pandai. Dengan itu, mereka tidak mengetahui peristiwa yang berlaku pada zaman nenek moyang mereka." - Miftahul Malayu
Mereka yang hidup tanpa mengambil pengajaran daripada sejarah akan cenderung untuk mengulang semula kesilapan yang lalu. 

Selalu kan kita nampak di sosial media, ada orang yang mengkongsikan pengalaman mereka kena tipu di talian. Sudah tentu lepas kita baca kisah itu, kita akan lebih berhati-hati daripada scammer tersebut. Begitu jugalah peranan sejarah dalam hidup kita. Sesuatu peristiwa untuk kita belajar daripada kesilapan. 

Marilah kita sama-sama bangkit wahai Melayu! Siapa lagi yang akan memperjuangkan bangsa kita, kalau bukan kita. 





Comments