Jerawat Boleh Pakai Masker Ke?

JERAWAT BOLEH PAKAI MASKER KE 😍

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi tentang penggunaan masker wajah jika ada jerawat. Boleh atau tidak? Itu yang kita bincangkan nanti.


 Daftar Sheet Mask Korea yang Harganya Tak Sampai Rp20 Ribu ...


Kulit wajah kita memerlukan sesuatu untuk memulihkan. Sebagai contoh, masker muka adalah solusi yang terbaik. Ini kerana terdapat serum di dalam sachet masker dengan bermacam-macam fungsi.

 

Cara pemakaiannya ialah pastikan muka dalam keadaan bersih. Memakai toner itu perlu dan barulah kita buka sachet masker wajah dan tepekkan masker tisu itu di atas wajah kita.

 

Masker muka ini seeloknya memakai satu kali dalam seminggu demi merawat kulit wajah. Ini juga boleh memberikan hasil keanjalan dan awet muda jika kita sentiasa menitikberatkan kulit wajah kita.

 

Seterusnya, ia juga dapat mengatasi kulit yang ada masalah kombinasi, berminyak, dan sensitif kerana masker muka ni dikeluarkan pelbagai fungsi demi pelanggan yang ingin mendambakan kulit yang sihat dan sejahtera.

 

Kita perlu memanjakan kulit wajah kita dengan baik. Tidak semestinya produk yang mahal itu berkesan buat kita. Malah kita cuma lakukan yang terbaik untuk kulit kita. Katakan “TIDAK” kepada jerawat. Anda mampu mengubahnya.

 

- Anis Abasri


Comments