Cuci Muka Dua Kali Satu Masa

CUCI MUKA DUA KALI SATU MASA 😍

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Topik kita hari ini ialah pembersihan muka sebanyak dua kali dalam satu masa. Macam mana tu? Inilah yang akan kita bincangkan.


 Glass Skin” Is Our New Obsession: Here's How to Get It | Bloom


Cuci muka sebanyak 2 kali dalam satu masa ini adalah cara dari negara Asia seperti China, Korea, dan Jepun. Bermula abad ke-14 mengikut kajian. Ini kerana mereka memakai solekan terlalu tebal dan memudahkan kerja pembersihan muka sebanyak dua kali.

 

Jadi, sehingga kini cara yang sebegini dipakai oleh rakyat Malaysia kerana hasilnya itu benar-benar memberi kesan yang baik kepada kulit wajah. Kulit wajah menjadi mulus daripada sebelumnya.

 

Ini adalah impian setiap wanita yang menginkan wajah yang cantik dan ayu. Paling penting, membersihkan wajah pada waktu malam ketika hendak tidur adalah sangat baik sekali untuk merawatnya.

 

Kita tidak boleh membiarkan solekan terlalu lama berada di atas wajah. Bimbang akan munculnya jerawat diatasnya serta jeragat pun boleh juga timbul. Oleh itu, cuci muka sebelum masuk tidur pun sudah memadai.

 

- Anis Abasri 🥰


Cara Untuk Membeli G-SHOCK Terpakai & Rare Dari Jepun - ZenMarket ...

Comments