Cara Menjaga Wajah dengan Betul

CARA MENJAGA WAJAH DENGAN BETUL ๐Ÿ˜

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin menjelaskan cara-cara memakai penjagaan wajah dengan betul. Ini kerana masih lagi ada yang tidak melakukan penjagaan ini dengan betul.


 Bright Intense | Eau Thermale Avรจne


Pertama, mencuci muka. Sebelum mencuci muka, haruslah membersihkan tangan dahulu dan pastikan juga, muka kita telah pun bersih dari segala solekan. Ini untuk memudahkan proses membersih muka.

 

Kedua, pencuci muka sejenis minyak. Ia amat popular di negara-negara Asia. Kebiasaannya, pencuci ini dilakukan sebelum menggunakan pencuci muka yang normal itu. Ini kerana untuk mengangkat segala kekotoran yang ada di wajah.

 

Ketiga, penyegar muka. Ini pun penting untuk mengembalikan semua nilai skala pH di wajah. Pastikan memakai toner ini dengan sapuan yang betul. Dahulukan sekitar zon T iaitu dahi dan hidung.

 

Keempat, krim malam juga penting untuk mendapatkan kesegaran di sekitar mata. Ia dapat menyembunyikan mata kita yang kelihatan penat. Cara memakai ialah urut mengikut arah jam secara lembut.

 

Akhir sekali, pelembap muka jangan sesekali tinggalkan. Ia dapat menghidrat semula kulit wajah dan dapat menutupi kesemua produk yang kita pakai tadi daripada persekitaran luar. Sekian sahaja daripada saya. Salam hormat dan Assalamualaikum.

 

- Anis Abasri ๐Ÿฅฐ


Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Comments