BERJAGA-JAGA JIKA BERLAKU IRITASI 😨
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin mengupaskan topik berkaitan penyebab iritasi ke atas kulit wajah. Seperti yang kita tahu, produk yang dijual di pasaran terdapat pelbagai bahan di dalamnya.
Alkohol? Iya, alkohol boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan pedih jika kita kerap menggunakannya. Ia tidak baik untuk kulit wajah kerana akan menghilangkan kebaikan kelembapan yang sedia ada pada wajah.
Sodium Lauryl Sulfate (SLS) adalah bahan yang terkandung dalam pencuci muka. Bersih memang bersih tetapi tidak baik untuk wajah. Molekul tersebut boleh menjejaskan sel-sel di wajah.
Pewarna tambahan untuk menarik perhatian pelanggan si pemakai juga tidak baik untuk kulit wajah. Ianya sangat banyak bahan kimia di dalamnya sehinggakan kulit menjadi merah dan berlakunya iritasi.
Sabun? Iya, sabun pun menjadi punca kulit iritasi juga. Ini kerana ia mengandungi nilai pH yang tinggi walaupun ia amat bagus menghilangkan segala kekotoran di wajah, tetapi tidak boleh bergantung 100% terhadapnya.
Pewangi juga boleh menghakiskan kulit. Oleh sebab itu, jika produk itu khas untuk kulit wajah sensitif pasti tidak akan ada pewarna, pewangi, dan yang berkenaan. Ini adalah untuk mengelakkan kulit menjadi semakin rosak.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment