5 KEBAIKAN MASKER WAJAH 😍
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kebaikan masker muka di wajah kita. Terdapat 5 kebaikan yang saya perolehi. Jadi, marilah kita sama-sama untuk menyelami pengetahuan ini.
1. Menghaluskan Pori-pori Wajah
- Ia dapat menghaluskan pori-pori dengan meresap masuk ke dalam lapisan kulit jauh ke dalam. Ia juga boleh mengeluarkan kotoran yang melekat dan minyak yang berlebihan untuk mengetatkan liang-liang pori.
2. Meningkatkan Penghidratan
- Kekeringan di wajah adalah satu punca menyebabkan kulit menghadapi pelbagai masalah. Jadi, ia harus dirawat dengan sejenis ramuan yang mampu melembapkan kulit wajah semula.
3. Mencergaskan Semula Kulit Wajah
- Wajah yang tidak bermaya dan berseri adalah tanda-tanda wajah yang akan menjadi penuaan. Garisan halus mudah kelihatan dan kulit akan kusam. Dengan menggunakan masker wajah, kulit akan kelihatan ceria dan automatik kita akan berasa aktif.
4. Cepat dan Mudah
- Masker wajah ini antara paling mudah dan cepat bila memakai. Hanya memakai sekali dalam seminggu mampu untuk merawat wajah dengan baik.
5. Memanjakan
- Kulit juga perlu untuk dimanjakan. Tidak perlu lagi kita mengeluarkan kos yang banyak untuk pergi ke pusat rawatan kerana masker sudah ada penyelesaiannya.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment