TUGAS DI PERSANDINGAN KAWAN BAIK 👰🏻
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ada baik ke? Hari ni saya nak bukak cerita tentang pengalaman saya menjadi dulang girl dan pengapit di hari perkahwinan sahabat saya.
Perkara pertama yang perlu kita bersedia adalah, mengetahui tema warna pengantin.Ini adalah untuk mengelakkan pengantin menjadi tenggelam oleh dulang girl atau pengapit sama ada lelaki ataupun perempuan. Sebagai contoh, pengantin memakai baju berwarna merah jambu, dulang girl ataupun pengapit hendaklah memakai baju yang kontra dengannya seperti coklat.
Kedua, semasa hendak membuat pemilihan baju untuk dulang girl dan pengapit, lebih elok sang pengantin turut ikut sama. Memang seronok pergi ke butik bersama kawan-kawan yang kita rapat. Inilah peluang yang kita ada untuk merapatkan semula ikatan persahabatan.
Ketiga, rehat yang cukup amat penting. Ini kerana kita akan berada di suatu majlis yang besar pada hari yang ditetapkan dari awal pagi hingga lewat petang. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya menjadi dulang girl dan pengapit.
Keempat, tugas kita ini sama seperti ahli keluarganya. Menolong apa yang patut seperti angkat dulang hantaran, mengagihkan bunga telur kepada tetamu yang datang semasa mereka merenjis bunga mawar ke atas pengantin serta menjadi sokongan kepada pengantin jika mereka berasa gementar di khalayak ramai. Kebiasaannya, yang menjadi dulang girl dan pengapit ini terdiri oleh sahabat rapat mereka yang paling serasi dengannya.
Akhir sekali, dulang girl dan pengapit juga beruntung kerana dapat bersama-sama pengantin dalam sesi fotografi di luar. Fotografi yang profesional sangat memuaskan hati pelanggan yang menyewa dengannya. Kebiasaannya, jam 4 petang adalah waktu yang paling sentiasa kita dengar dan nampak pengantin mengadakan sesi fotografidi luar da pemandangan yang indah. Itu sahaja daripada saya. Ringkas tapi ianya sangat bermakna buat diri saya. Hingga bertemu lagi di blog yang seterusnya ❤️
- Anis Abasri 🥰
Comments
Post a Comment