Tips untuk Merawat Sunburn

 TIPS UNTUK MERAWAT SUNBURN 😍

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kembali kita ke segmen tips merawat kulit wajah yang sunburn. Ini lebih kepada pantang larang sebenarnya. Mari kita ikuti post ini diselanjutnya.

 

Hijab & Heels | 8 Cara Cool Hilangkan Sunburn Di Muka


Dalam masa seminggu ini, kita elakkan memakai skrub muka kerana kita ingin mengelakkan daripada wajah terasa pedih dan mengelupas. Banyak sebenarnya yang tidak baik pada wajah jika kita meneruskan skrub ini jika kulit tengah sunburn.


Seterusnya, jika kita mempunyai hasrat untuk memutihkan dan mencerahkan wajah, hentikan buat sementara waktu. Ini kerana kita ingin merehatkan kulit wajah dari bekerja. Jika tidak, ia juga membuatkan kulit kita menjadi nipis dan rosak.

 

Oleh itu, disinilah kita hanya menanti sampai benar-benar pulih pada kulit wajah kita. Kita tidak boleh memaksa wajah kita bekerja lebih daripada satu masalah. Kita kena yakin akan kehebatan sesuatu produk agar tidak runsing jika membuat pemilihan produk.

 

Sekian sahaja daripada saya. Hingga kita bertemu lagi ke post yang seterusnya. Salam hormat dan Assalamualaikum.

 

- Anis Abasri 🥰


Comments