TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA HARIAN 😍
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini sedikit sebanyak saya ingin berkongsi tentang langkah menggunakan barang penjagaan kulit muka yang semakin tular di masa kini. Tak kira usia sama ada tua atau muda sama sahaja. Semua nak nampak cantikkan dan mendapatkan keputusan kulit muka yang anjal, cerah dan bersih. Saya yakin, ramai dikalangan kita yang setia dengan penjagaan produk masing-masing. Samalah seperti saya, masih setia dengan jenama produk ini kerana hasilnya amat memuaskan hati dan ianya sangat serasi dengan kulit wajah saya.
Sebelum memulakan langkah penjagaan ini, pastikan kita mengenal pasti dahulu masalah jenis muka kita. Sebagai contoh kulit muka saya ini kering. Jadi, amatlah penting selalu menjaga kulit wajah dengan menggunakan produk yang ada di farmasi.
Kenapa saya tuju kepada farmasi? Sebab kita bimbang akan adanya produk yang diciplak, tiruan dan seumpamanya. Bila kita beli produk yang tidak 100% asli, hasilnya amat membimbangkan dan boleh merosakkan kulit wajah kita. Jadi amatlah penting kita membeli produk yang ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kita sebagai pengguna haruslah mengetahui tentang ini supaya diri kita tidak ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab. Baiklah, sebagai contoh farmasi yang saya gemar ialah Watsons dan Guardian. Farmasi ni menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi kaum wanita amat menggemarinya. Selain itu juga, farmasi ini kerap memberi potongan harga dari semasa ke semasa.
Jadi disini saya ingin kongsikan beberapa cara rutin harian saya pada siang hari dan malam hari sebelum masuk tidur. Gambar di atas adalah setelah saya memakai produk penjagaan kulit siang dan juga malam.
1. Langkah pertama, buang dulu segala kekotoran di muka kita dengan menggunakan penanggal solek. Saya menggunakan jenama Nutox Pre Cleanser sebab saya memang gemarkan jenama produk ni sejak dulu. Teksturnya lembut dan amat sesuai dengan semua jenis kulit yang bermasalah dan tiada apa-apa kesan sampingan. Pastikan kita memakai penanggal solek ini dengan kapas muka ye untuk menarik segala kekotoran yang ada pada muka.
2. Kedua, kita haruslah mencuci muka kita dengan pembersih muka. Pembersih muka ni pun ada banyak juga jenis. Ada yang jenis buih, minyak, losyen susu dan gel. Saya suka yang jenis buih kerana senang nak bawa ke mana-mana sahaja. Muka kita takkan kekal bermekap sepanjang masa. Jadi kita kenalah cuci muka demi menjaga kebersihan di wajah kita. Pembersih muka, saya gunakan jenama Nutox Cleansing Foam.
3. Ketiga, saya memakai penyegar wajah. Jenama masih lagi yang sama iaitu Nutox Astringent Toner. Caranya pun memakai kapas muka juga bagi menanggalkan semua kekotoran di muka. Ia juga dapat mengimbangkan semula skala pH di wajah kita kepada neutral. Elakkan memakai penyegar wajah yang mengandungi alkohol sebab ia boleh membuatkan kulit muka kita kering dan mengelupas.
4. Keempat, losyen hidrat (essence) yang saya pakai ialah Garnier Sakura White Pinkish Radiance Essence Lotion. Ini adalah untuk menghidrat dan dapat melembutkan kulit wajah saya supaya mudah memakai sebarang produk rangkaian yang seterusnya. Losyen ni tak perlu memakai kapas muka sebab teksturnya mudah meresap. Jadi, hanya perlu titis di jari dan urut pada muka sahaja.
5. Kelima, pelembap muka. Saya menggunakan Garnier Sakura White Whitening Serum Cream pada waktu siang. Manakala, pada waktu malam saya menggunakan Nutox Night Repair. Apa yang membezakan antara krim pelembap siang dan malam adalah, krim siang ni ada SPF21 yang melindung kulit dari sinaran matahari dan krim malam pula yang saya pakai ni ada kandungan ekstrak sarang burung dan dapat membantu menghapuskan garisan halus dan kedutan pada wajah sepanjang kita tidur di malam hari. Sebab itulah pentingnya rangkaian produk penjagaan wajah jika kita amalkan selalu.
6. Keenam, memakai pelindung matahari pada waktu siang. Walaupun duduk di rumah sepanjang wabak Covid-19 ini, kita harus memakainya bagi mencegah sinaran matahari terpancar di wajah kita. Tanpanya, kulit kita akan menjadi rentung dan lama kelamaan boleh menjadi kulit sensitif. Jadi, pelindung matahari adalah penyelesaiannya. Saya memakai Nutox Solar Protect SPF45 ++ sebagai harian saya.
7. Ketujuh, krim mata. Ha yang ini pun amat penting, bukan untuk muka sahaja, bahagian mata pun kena jaga tau. Caranya ialah, elakkan memakai krim siang atau malam di bahagian mata, jadi krim mata inilah yang disapu pada bahagian mata. Urut dan buat pusingan arah jam dalam 1 minit sekurang-kurangnya. Krim mata ini berfungsi sebagai mengurangkan kedutan halus serta mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Jadi saya memakai krim mata Nutox Eye Refiner.
Jadi itulah langkah yang saya dapat kongsikan. Selepas dah solek kat atas muka, lagi berpuas hati kerana kulit muka rasa halus dan gebu. Lain orang lain caranya. Apa-apa pun 5 langkah ni yang paling penting iaitu permbersih, penyegar, losyen hidrat (essence), pelembap dan pelindung matahari jika siang. Itu sahaja daripada saya. Jumpa di blog yang seterusnya ❤️
- Anis Abasri 🥰

Comments
Post a Comment