TIPS MEMILIH FOUNDATION DENGAN
BETUL
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita ke hari ini di segmen pemilihan foundation dengan betul di kulit wajah.
Foundation adalah bedak asas yang mampu menutup cela di kulit wajah kita. Terdapat banyak foundation yang dijual di pasaran seperti farmasi dan tokoh jamu. Walau bagaimanapun, foundation ini mempunyai pelbagai jenama dan kod mengikut tona warna wajah yang pelbagai.
Oleh itu, sebelum mengaplikasikan foundation ke atas wajah, pastikan kita mencuba dahulu di belakang telinga untuk memilih warna foundation yang sesuai. Jika tidak, kulit wajah kita kelihatan aneh seperti kelabu akibat tidak mencuba dahulu sebelum membeli.
Saya syorkan membeli foundation di farmasi kerana harga yang berpatutan. Malah ia dijamin daripada sebarang kesan sampingan. Ia selamat dipakai seusia remaja hingga dewasa. Oleh itu, tidak perlu bimbang atau sangsi akan kandungannya asalkan tahu bahan yang terkandung agar mengelakkan wajah daripada rosak kerana salah produk.
Sekian sahaja daripada saya. Bertemu lagi kita ke post seterusnya. Salam hormat dan Assalamualaikum.
- Anis Abasri 🥰
Comments
Post a Comment