SRIKANDI BANDAR SULTAN SULEIMAN 😍
Assalamualaikun dan selamat sejahtera. Kembali ke blog saya. Harini saya nak tulis pasal senaman zumba di kawasan rumah saya. Korang semua mesti tahu kan zumba ni macam mana?
Iya. Zumba ni merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia. Oleh itu, zumba pun menjadi semakin popular dari semasa ke semasa.
Tarian kecergasan zumba ini memberi kelebihan dan di samping mengikut rentak gabungan muzik iaitu salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya. Sesi zumba boleh membakar lemak dalam 500 - 1000 kalori pada satu masa (45 - 60 minit).
Zumba ini banyak kelebihannya selain membakar kalori, ia juga dapat meningkatkan ketahanan fizikal. Bila fikiran kita dalam keadaan tertekan juga, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan tersebut. Oleh kerana kita dapat menghiburkan diri kita dan bersosial bersama rakan-rakan yang lain dan santai.
Zumba juga adalah senaman yang dikategorikan sebagai senaman yang menyeronokkan tidak kira usia. Malah senaman ini juga amat digemari mereka dari pelbagai kluster dan dapat dijadikan sebagai suatu hobi.
Pergerakan zumba ini juga dapat menarik perhatian sesiapa sahaja kerana ianya agak tertarik kalau betul-betul lincah dengan langkah pergerakan tersebut. Secara langsung ia dapat membuatkan wanita berasa anggun dan menarik kerana mampu berzumba di masa kini.
Jadi, sudah faham sedikit kan tentang zumba ini. Saya pasti, mesti setiap kawasan rumah anda ada persatuan yang mengadakan aktiviti zumba setiap minggu. Macam kawasan rumah saya, sebelum berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 ini, zumba berjalan setiap hari Selasa dan Khamis jam 9 malam hingga 10 malam.
Yuran kemasukan juga dibuat sebanyak RM3. Ini sangat berbaloi dan kita dapat menghargai masa sepanjang zumba itu berjalan. Apa yang menyeronokkan senaman zumba ini adalah dapat kita menjumpai cikgu lama kita, jiran kita, kawan satu sekolah kita dan bermacam-macam kita jumpa. Ini dapat mengeratkan ukhwah kita sesama manusia.
Zumba amat sesuai dibuat di kawasan yang lapang demi keselesaan bersama seperti di dewan serbaguna, tapak perhimpunan dan dewan sekolah. Saya sering turut serta zumba di dewan serbaguna Bandar Sultan Suleiman (BSS).
Apa yang menggembirakan adalah, pengajar zumba yang dikenali sebagai Zin yang bermaksud jurulatih zumba yang diiktiraf dan berpengalaman amat mengambil berat tentang anak buahnya. Jadi senaman zumba ini amat selamat dan tidak pernah lagi ada kes kecederaan di dewan ini.
Zin TJ adalah jurulatih yang saya gemari. Beliau sangat peramah dan penyayang. Beliau juga bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasnya sebagai jurulatih zumba di kawasan rumah saya ini.
Oleh kerana, musim PKP ini tidak dapat melakukan aktiviti di luar, kita boleh mempelajari melakukan senaman zumba secara talian dengan menonton tutorial di aplikasi Youtube. Ianya sangat menarik dan mencabar demi melepaskan gian yang sudah lama tersimpan.
Akhir kata, badan kita memerlukan rehat yang cukup, ambil pemakanan yang sihat, melakukan senaman dan minum air masak yang cukup. Jika kita tidak mengambil berat tentang perkara ini, amat mudah badan kita mendapat penyakit. Badan yang cergas dapat memberikan kesan yang baik untuk diri sendiri. Ini sahaja daripada saya, jumpa lagi di blog yang seterusnya ❤️
- Anis Abasri 🥰

Comments
Post a Comment