Senarai Pendek Persiapan Tunang

SENARAI PENDEK PERSIAPAN TUNANG 💍



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kembali lagi blog yang seterusnya. Hari ini saya rasa nak buka cerita tentang persiapan tunang. Ha korang semua mesti tak sabar-sabar kan nak tahu lebih lanjut. Jom ikuti saya di bawah ini.



Pertama sekali, kita haruslah sediakan sebuah buku nota khas untuk kita catat segala isi kandungan berkaitan dengan majlis pertunangan. Apa yang perlu kita lakukan ialah, tetapkan tarikh, masa dan tentatif program. Macam keluarga saya buat 3 majlis dalam satu masa iaitu majlis tahlil datuk dan nenek saya, majlis khatam Al-Quran, dan majlis pertunangan saya.



Kedua, tema majlis. Ada pelbagai warna tema yang boleh kita nampak kat media sosial seperti warna hijau, ungu dan pelbagai warna yang sangat menarik. Saya penggemar biru jadi segalanya kebiru-biruan di majlis saya. Keluarga saya menyewakan 3 - 4 khemah bertirai biru. Ini termasuk dengan khemah di rewang. Khemah ini adalah kenalan arwah ayah mertua abang saya. Jiran saya amat membantu kami untuk selesaikan majlis ini dengan baik. Seterusnya, mini pelamin yang mengikuti citarasa saya. Ini juga kenalan abang dan kakak ipar saya. Selain itu, bilik saya juga dihiasi dengan kelambu dan cadar bersama rona biru. Ayah hadiahkan saya sempena hari jadi 2 November 2018. Saya amat gembira dan bersyukur dengan setiap pemberian yang diberi oleh orang yang tersayang.




Ketiga, hantaran dan cincin tunang. Selalunya mengikut adat pihak perempuan akan beri lebih dua kepada pihak lelaki contohnya saya dan tunang saya hantaran 7 berbalas 9. Saya bekerja keras untuk membeli barang hantaran kegemarannya demi memuaskan hati kami dan dapat digunakan dalam jangka masa panjang. Cincin tunang, saya lebih gemar yang berbentuk hati. Bentuk hati ini melambangkan seorang yang penyayang. Memang dari kecil saya amat menggemarinya. Oleh hal demikian, saya dan tunang ditemani oleh ibunya.



Keempat, solek dan baju tunang. Ini bahagian yang paling saya suka. Waktu tu saya disolek oleh jurusolek kenalan kakak tunang saya. Saya sangat sukakannya kerana beliau peramah orangnya. Saya juga mengajak kawan-kawan saya dan ibu saya untuk bersolek sekali. Seterusnya, baju tunang saya beli di GM Klang. Saya berkenan dengan butik Hailin yang menepati citarasa saya. Saya tahu butik Hailin ni sebab kebetulan mencari baju dan veil tunang, saya ternampak bunting atau sepanduk butik Hailin ini di setiap eskelator GM. Jadi tanpa membuang masa, saya pun mengambil gambar tersebut dan mencari butik itu di GM. Setelah saya sampai disitu, saya pun dengan gigihnya mencari jenis songket dan veil yang labuh berwarna biru. Harga amat berpatutan dan saya mendapat harga kasih sayang daripada pemilik butik tersebut.




Kelima, wakil. Okay yang ni ibu bapa kita yang menguruskannya kerana mereka lebih berpengalaman daripada saya. Waktu perbincangan bermula, saya dan sahabat saya berada di bilik sehinggalah selesai perbincangan antara pihak keluarga saya dan keluarga tunang. Ianya amat mendebarkan saya walaupun ini hanyalah majlis tunang. Jiran saya juga pun turut berada di majlis perbincangan ini kerana mereka pun ahli keluarga terdekat saya.



Akhir sekali, jurugambar majlis. Ini pun penting juga untuk mencipta kenangan di hari yang terindah. Saya memilih kawan sekuliah saya untuk dijadikan jurugambar saya kerana beliau pun menjadikan ini sebagai hobinya sementara menunggu semester latihan industrinya.





Sebelum mengakhiri nukilan ini, apabila kita bersama-sama bersama pasangan yang kita pilih, belajarlah untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Bersabar itu amat penting dalam hubungan apalagi mengadakan ikatan tunang amat tinggi ujiannya. Saya sudah merasa dan Alhamdulillah atas nasihat keluarga dan kawan-kawan dapat menyedarkan bahawa itu adalah bisikan yang tidak baik dari orang ketiga. Itu sahaja daripada saya kali ini, jumpa lagi di blog seterusnya ❤️

- Anis Abasri 🥰

Comments

Post a Comment