Penting atau Tidak Sleeping Mask

 PENTING ATAU TIDAK SLEEPING MASK 😍


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kembali kita kali ini ke segmen merawat kulit yang terbakar. Bukan terbakar yang ada api itu ye, tetapi kesan kulit yang sering terdedah di bawah cahaya matahari.


Glow Recipe Avocado Melt Sleeping Mask Drops Early on Sephora | Allure


Salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan menggunakan sleeping mask. Fungsinya yang amat baik yang mampu menenangkan kulit wajah semasa kita sedang tidur.


Walau bagaimanapun, ia tidak cukup jika kita merawat hanya menggunakan sleeping mask sahaja. Oleh itu, kita juga perlu memakai sunscreen atau sunblock jika hendak melangkah ke luar rumah. Oh iya, di dalam rumah juga perlu.


Kita tidak boleh memandang remeh tentang penggunaan ini. Ini kerana produk ini lah yang mampu merawat serta mencegah kulit kita menjadi rosak. Jadi, kita kena yakin akan kebolehannya yang dapat membantu merawat kulit wajah.


Terdapat empat jenis kulit yang terbakar iaitu, kulit merah, kulit mengelupas, kulit pedih, dan kulit kering yang mengakibatkan kesat di wajah. Sekian sahaja daripada saya. Hingga kita bertemu lagi di post yang seterusnya. Salam hormat dan Assalamualaikum.


- Anis Abasri 🥰


Comments