Pencuci Muka yang Sesuai

PENCUCI MUKA YANG SESUAI 😍

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak berkongsi tentang jenis-jenis pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit wajah. Seperti yang kita tahu jenis-jenis wajah memang berbeza dengan setiap orang.


 Rekomendasi 5 Sabun Cuci Muka Supermarket Yang Bagus Untuk Semua ...


Pertama, untuk kulit wajah yang berminyak haruslah memakai pencuci muka yang jenis minyak. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis pencuci di farmasi dan pasaran. Pencuci ini dapat melembutkan kulit wajah dan dapat menyingkirkan minyak yang berlebihan pada wajah.

 

Kedua, untuk kulit yang mempunyai cela seharusnya memakai pencuci muka yang bertekstur gel. Ianya kaya dengan cecair yang mampu merawat kulit wajah dari cela ke normal. Selain itu, ia juga dapat menyeimbangkan kelembapan wajah dengan baik dan sempurna.

 

Seterusnya, untuk kulit kombinasi. Amat bagus jika amalkan dengan pencuci muka yang bertekstur losyen. Jangan pula kita memakai losyen badan ya. Losyen yang memang khusus untuk wajah.

 

Akhir sekali, untuk kulit kering. Kandungan air di atas wajah kita berkurang dan menyebabkan merekah di atasnya. Ia juga boleh munculnya kemerahan, ketegangan, dan mengelupas terhadap wajah kita. Jadi sebaiknya kita memakai pencuci jenis normal iaitu jenis buih.

 

- Anis Abasri 🥰


Comments