Kenali Wajah Anda


KENALI WAJAH ANDA 😍


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini saya nak kongsikan beberapa jenis masalah muka yang sering berlaku di kalangan wanita ini. Antaranya ialah masalah kulit normal, kering, minyak, kombinasi, sensitif, jerawat, jeragat dan parut hitam.

   

Disini saya ingin menerangkan satu persatu masalah kulit yang terjadi dikalangan kita. Sebelum itu, saya nak terangkan macam mana nak mengenal pasti masalah kulit muka kita. Apa yang perlu kita buat ialah:

1. Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka.
2. Bilas dengan air yang bersih.
3. Lap sehingga air di muka kering.
4. Tunggu 1 - 2 jam untuk mengenal pasti jenis masalah kulit muka.

Selepas itu, barulah kita dapat rasa apa jenis masalah kat muka kita. Sama ada kering ke, tiba-tiba keluar minyak ke atau sensitif ke begitu. Jadi, di sini saya nak terangkan jenis masalah kulit.



1. Kulit normal - Yang ini untung. Tapi tak bermakna dia tak perlu memakai rangkaian produk penjagaan wajah. Ianya perlu sangat untuk sentiasa terlindung dari apa-apa tindak balas di muka. Kulit normal ini sangat seimbang dari segi minyak yang terkandung di atas wajah tersebut.



2. Kulit kering - Kulit kering ni kandungan minyak pada wajah amat sedikit. Dia boleh menimbulkan jeragat dengan mudah jika tidak dirawat. Apa yang perlu kita buat adalah, banyakkan minum air masak serta memakai produk yang jenis hidrat untuk membantu melembapkan kulit wajah.



3. Kulit minyak - Kulit minyak ini pula kulit wajah yg sangat berminyak. Kandungan minyaknya melebihi dari normal dan boleh menyebabkan tumbuhnya pembiakan jerawat ke atasnya.



4. Kulit kombinasi - Kulit kombinasi ini maksudnya kulit yang berminyak di kawasan T zon kita.T zon ni maksudnya kawasan dahi, hidung dan dagu. Di bahagian pipi pula amat sedikit minyaknya disitu.


5. Kulit sensitif - Kulit sensitif selalunya kulit yang ada masalah kesihatan seperti asma, resdung, ruam dan alahan pada bahan kimia. Banyak produk kecantikan atau penjagaan kulit dihasilkan mengandungi bahan kimia yang dibenarkan dan ada pula produk yang dicipta tidak mengandungi bahan-bahan kimia. Ini adalah untuk menyenangkan pengguna yang mengalami masalah kulit sensitif.


6. Kulit jerawat - Kulit jerawat ini adalah terhasilnya dari hormon-hormon seseorang. Selain itu, ia membiak disebabkan kita memicit jerawat yang lain sehingga berjangkit ditempat yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat produk di farmasi untuk mengecut jerawat sehingga pulih.



7. Kulit jeragat - Kulit jeragat ini kebanyakannya terjadi pada golongan yang berusia. Ya, memang disebabkan faktor usia. Jadi, bagi mengelakkan masalah ini berlaku, kita haruslah memakai produk yang anti penuaan bagi mengelakkan jeragat timbul di kawasan muka kita.


  

8. Parut hitam - Kulit yang ada parut hitam ini adalah kesan bekas jerawat, bekas bisul di wajah dan tompok hitam. Kita haruslah rajin memakai pelindung cahaya matahari agar sinaran Ultra Ungu (UV) itu tidak terperangkap di wajah kita.

Jadi, inilah dia jenis masalah kulit yang sering terjadi di wajah kita. Selain menggunakan produk rangkaian penjagaan wajah yang rapi, kita juga haruslah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, minum air masak yang secukupnya, bersenam dan mengambil makanan tambahan untuk mendapatkan kolagen yang terkandung dalam bahan tersibut. Selamat berjaya dalam mengenal pasti masalah wajah masing-masing. Itu sahaja daripada saya. Jumpa lagi di blog seterusnya 😘

Anis Abasri 🥰


Comments

Post a Comment