Kenali Jenis-jenis Jerawat

KENALI JENIS-JENIS JERAWAT 😍

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya? Apa khabar, ada sihat? Alhamdulillah moga sihat belaka hendaknya. Harini saya nak sembang cerita pasal jenis-jenis jerawat yang sering terjadi di kulit wajah kita. Saya terbaca satu artikel ni dan dikongsi oleh rakan seperjuangan saya. Ternyata, ada 7 jenis jerawat yang pernah terjadi di wajah kita. Di bawah ini, saya sertakan sekali gambar dan penerangan sedikit tentang jenis jerawat ini.


1. WHITEHEAD (Bebintik Tertutup)

  • Ia merupakan jenis jerawat yang disebabkan penyumbatan pori-pori oleh minyak dan sel-sel kulit yang telah mati. Penyumbatan whitehead ni menutupi seluruh permukaan atas pori wajah.

2. BLACKHEAD (Bebintik Terbuka)

  • Ia merupakan jenis jerawat yang mempunyai benjolan kecil berwarna hitam di permukaan kulit muka yang sering muncul di kawasan hidung. Ini disebabkan pori-pori tersumbat oleh sebum dan kulit mati. Bahagian atas pori tetap terbuka walaupun sisanya tersumbat.

3. PAPULA (Jerawat Biasa)

  • Ia merupakan jenis jerawat yang muncul dibawah permukaan kulit. Namun, jerawat papula tidak memiliki titik nanah pada atasnya. Kulit di sekitar jerawat tampak bengkak kemerahan.

4. PUSTULA (Jerawat Besar)

  • Ia merupakan jenis jerawat berupa benjolan yang lebih besar. Bahagian bawah berwarna kemerahan dan atas berwarna putih kerana berisi nanah. Ini terbentuk ketika dinding di sekitar pori-pori wajah rosak.

5. NODUL (Jerawat yang Menyakitkan)

  • Ia merupakan jenis jerawat yang terjadi disebabkan pori-pori tersumbat dan bengkak. Jenis jerawat ini adalah inflamasi yang terbentuk dibawah kulit dan rasa sakit.

6. KISTIK (Jerawat Batu)

  • Ia merupakan jenis jerawat yang berkembang ketika pori-pori tersumbat oleh kombinasi bakteria, sebum, dan sel kulit mati. Ini akan sering sakit jikalau disentuh kerana ianya berisi nanah.

7. HORMONAL (Jerawat Hormon)

  • Ia merupakan jenis jerawat yang mengandungi minyak di dalam pori-pori sehingga menyababkan jerawat yang banyak di wajah. Stress adalah punca utama terjadinya jerawat ini.

- Anis Abasri 🥰

Comments

Post a Comment