JENIS FOUNDATION YANG HANGAT DI
PASARAN
Assalamualaikum dan salam sejatera. Kali ini kita membincangkan tentang jenis foundation yang ada di pasaran.
Terdapat 4 jenis foundation yang ada di pasaran iaitu liquid foundation, cream foundation, stick foundation, dan mousse foundation. Keempat-empat ini mempunyai pelbagai jenis fungsi mengikut citarasa si pengguna.
1. Liquid Foundation
Foundation ini sejenis cecair. Majoriti ramai pengguna yang gemar menggunakan foundation ini di wajah. Kulit akan kelihatan berseri apabila ditepekkan sekali dengan bedak dan disolekkan. Ianya amat sesuai digunakan setiap majlis.
2. Cream Foundation
Foundation ini sejenis krim dan mampu menutup segala cela seperti jerawat dan jeragat. Bagi saya, ia juga dapat dijadikan sebagai concealer (menutup lingkaran bawah mata) kerana teksturnya yang tebal dan berkualiti.
3. Stick Foundation
Foundation ini sejenis batang yang krim. Ini amat sesuai digunakan oleh pemakai yang kulitnya ada masalah berminyak. Kulit kering tidak digalakkan memakai foundation ini kerana bimbang akan berlakunya rekahan di garisan wajah seperti bawah mata, kelopak mata, dan garisan yang kita senyum itu.
4. Mousse Foundation
Foundation ini seperti tanah liat tetapi hasilnya pun memuaskan pengguna. Ini juga sesuai untuk pengguna yang tidak mahu memakai sebarang bedak ke atasnya. Ini kerana teksturnya sudah cukup memadai jika dipakai begitu sahaja.
Sekian sahaja daripada saya. Hingga kita bertemu lagi di post yang seterusnya. Salam hormat dan Assalamualaikum.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment