2 JENIS RAWAT SUNBURN 🥰
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kembali kita ke segmen dua jenis produk yang mampu merawat sunburn iaitu sleeping mask dan juga topeng muka yang dikenali sebagai sheet mask.
Dua benda ni adalah keperluan untuk kita memakai semasa rutin penjagaan wajah pada waktu malam. Sama ada hendak memakai sheet mask ataupun sleeping mask. Ia berlainan cara tetapi pada masa yang sama ia sama fungsinya.
1. Sleeping Mask
Produk ini sangat mudah. Hanya mengaplikasikan produk itu ke atas wajah selepas menggunakan semua produk penjagaan wajah pada waktu malam. Cara penggunaannya memakai setiap hari pada waktu malam dan ia dapat memberikan kesan wajah yang sihat pada keesokan harinya.
2. Sheet Mask
Produk ini yang berupa topeng hanya memakai 2 kali atau 1 kali dalam seminggu. Harganya agak tinggi berbanding sleeping mask. Tetapi ramai pengguna di luar sana gemar memakai sheet mask ini kerana agak moden dan boleh bertukar-tukar citarasa jenama. Kerana ia dijual satu-satu dan berasingan.
Sekian sahaja daripada saya. Hingga kita bertemu kembali ke post yang seterusnya. Salam hormat dan Assalamualaikum.
- Anis Abasri
Comments
Post a Comment